Translator

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

4 Keistimewaan Siti Khadijah Bt Khuwailid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...

Jarak usia antara Nabi Muhammad S.A.W. dengan Siti Khadijah ketika mereka melangsungkan perkahwinan ialah 15 tahun Nabi S.A.W. masih berusia remaja sedangkan Khadijah sudah berusia 40 tahun. Bagaimanapun faktor usia tidak menghalang keduanya untuk menjalani kehidupan bahagia, rumahtangga di antara seorang pemuda yang berbudi mulia dengan seorang hartawan wanita. Sebelum itu Khadijah telah dua kali mendirikan rumahtangga, suami pertamnya bernama ‘Utiq bin A’id at-Tamimi. Setelah berpisah dengan suami pertama, lalu Khadijah bernikah pula dengan Abu Halah at- Tamimi atau nama sebenarnya ialah Hindon bin Zurah.

Sepanjang menjalani kehidupan rumahtangga bersama Khadijah, Rasulullah S.A.W. menyifatkan Khadijah sebagai “Khairun Nisa”, iaitu sebaik-baik wanita contoh yang wajar diteladani oleh muslimat sepanjang zaman, segala tingkah laku sama ada cara beliau melayani suami, mengasuh anak-anak caranya melayani waris sendiri dan cara melayan waris di pihak suami

Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ali; bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Sebaik-baik wanita zaman dahulu ialah Siti Maryam, dan sebaik-baik wanita di zaman aku ialah Siti Khadijah.”

Rasulullah S.A.W. ketika bercakap mengenai arwah isterinya Siti Khadijah, lazimnya sentiasa memui-muji sifat dan pekerti mulia yang telah ditunjukkan olehnya, dan situasi ini kadang-kala menyebabkan hati kecil Siti Aisyah terusik.

Seperti yang telah diriwayatkan bahwa pada suatu hari, Nabi. S.A.W. memuji-muji tentang Siti Khadijah dihadapan Siti Aisyah, maka berkata Siti Aisyah kepada Nabi S.A.W.

“Wahai Rasulullah, bahawa Khadijah itu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah seorang perempuan tua, kini Allah S.W.T. telah menggantikan perempan tua itu dengan yang lebih baik darinya.”

Kata-kata Aisyah itu menyebabkan Nabi S.A.W. merasa marah, lalu Nabi S.A.W. menyangkal kenyataan Aisyah dengan sabdanya:

“Demi Allah, sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menggantikan Khadijah dengan perempuan yang lebih baik kerana Siti Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuri aku. Khadijah membenarkan kata-kataku ketika orang ramai mendustaiku. Khadijah memberikan simpati yang tinggi dengan mengorbankan harta kekayaannya demi kejayaan dakwah Islam, Allah S.W.T. mengurniakan zuriatku melalui Siti Khadijah, sementara isteri-isteri yang lain ditakdirkan tidak melahirkan zuriatku “

Sumber: Sirah Nabawiyah (oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan